:: kumbang dan bunga ::

Tuesday, July 19, 2011

aku cinta olay white radiance


tersebut la kisah pada zaman dahulu kala, seorang puteri hampeh kononnya mahu mencurang kepada olay. bongok sangat bila tengok tv dan terpengaruh dengan iklan. ni yang aku tak mau tengok tv. then terus mencuba jenama lain padahal olay setia merawat kulit aku yang gebu dengan bantuan vco, epo dan vitamin e. dah nak sangat tukar kan, beli satu set terus. sekali padan muka. hamik mu mcleen. tapi aku pun tak sure sebab aku tukar brand compact powder sekali. pengaruh iklan jugak. sekali lagi SALAHKAN TV. nak dijadikan cite hari kejadian aku makan nasi goreng ikan masin. pun SALAHKAN IKAN MASIN JUGAK.!! terus mendapat kulit sadis ini.


aku jenis yang tak telik cermin time cuci muka. sekali bangun pagi, cuci muka rasa macam banyak sangat bijirin kat muka. aku tido dengan crunchy oat ke? oh tidak..terus kuar toilet tilik cermin. mau menjerit doh. takkan kena gigit nyamuk kot. umi cakap nak tumbuh kayap. lagi la seram haku. yang dasatnya aku tak pergi klinik takut kena inject. beli ubat kat pharmacy je. tak jugak reda. kawan aku syorkan tempek aloe vera. pegi umah dia kerat aloe vera banyak-banyak. ok reda la sket. tapi still menjejaskan reputasi aku sebagai artis.

dapat plak boipren jenis konsultan kulit. disoalnya aku macam polis pencen. makan apa, ada tukar produk ke tak. pastu membebel lak pandai-pandai tukar produk. huhu. sadis kena marah. pernah gak terpikir nak cuba produk tempatan yang kebanyakkannya menjanjikan hasil yang pantas. tapi pikir balik daripada aku menghabiskan duit pada yang belum tentu kesannya, aku decide guna olay balik. then pergi watson beli serum ni. sebelum ni aku tak guna pun, just guna cleanser, day lotion dan night cream. tapi nekad la kali neh.


dan aku suka jugak latest cleanser olay white radiance ni. banyak buih dan mencuci ke dasar liang roma. rasa muka bersih gila after cuci. pastu pakai serum then day lotion and night cream bila nak tido.


day lotion ni saiz yang paling kecik pun ley tahan lama. aku suka lotion dari cream bila siang hari sebab lotion lebih ringan kat kulit. so takde la rasa kulit muka jenis tebal tak tau malu. haha


night cream olay sangat la best weh. tak melekit lansung. jugak boleh apply sebagai lotion kat tangan supaya cepat sket habis. setahun lum tentu habis kalo guna kat muka aje. so, sila fully utilized barang-barang korang supaya dapat menjimatkan wang. sejak bila aku pandai berjimat ni??

tengok muka aku sekarang. bijirin-bijirin berkenaan semakin berambus. 


tak pakai foundation ni weh. bedak nipis ajo.

4 comments:

Diana @ bilakukatacinta said...

sis, pernah pakai cleanser olay..tp tak rase ape..so, mase tu just gula olay lotion tu jek (sbb muka berminyak)...pstu stop..sbb nmpak cam besa jek..

AZLIN said...

mungkin tak sesuai dgn awk..setiap org kan lain jenis kulitnya

Safiah Ibrahim said...

wah.. takotnya.. kena setia pada yang satu la~

AZLIN said...

haah.setia pada yg da berikan kita yg terbaek